Cinderella dan... pencuri?

Pang!
“Budak tak guna! Berani kau pecahkan pinggan aku!” Maya menghayunkan penampar tepat ke muka Violet. Violet sedikit pun tidak mengadu kesakitan membuatkan Maya semakin geram. Malah Violet merenung tajam mata Ella dengan muka tidak berperasaannya.
“Mama tengok Violet ni. Duk renung-renung orang pula. Ingat mata dia cantik sangat ke?” adu Ella kepada mamanya. Dia sudah tidak sanggup direnung sebegitu oleh Violet. Menyeramkan!
“Sudah-sudahlah tu mama. Pinggan aje pun. Mama kan ada banyak  pinggan macam tu.” Daniel menepuk perlahan bahu mamanya. Kesian pula dia melihat pipi Violet sudah merah penangan mamanya.
“Mana boleh. Abang ingat mama beli murah ke pinggan tu?”
“Violet, awak pergi masuk dalam bilik.” Arah Daniel. Kata-kata Ella dihiraukan. Makin dilayan si Ella tu, makin menjadi-jadi dia. Kalau dibiarkan tak pasal-pasal senget pula muka Ella dikerjakan Violet. Mungkin Ella tak tahu, tapi dia tahu yang Violet ada sejarah hitam yang tersendiri.
Diselamatkan Daniel, Violet mengangkat kaki menuju ke bilik berdekatan dengan dapur. Bilik orang gaji. Ella hanya mampu menghentak kaki. Tak berani melawan kata-kata abangnya. Maya pula hanya merengus geram.
**
Violet merebahkan badan atas katil. Sungguhlah dia penat. Sejak dari pagi dia melakukan kerja sampai ke malam. Dan habuannya, kena penampar sebijik kat pipi.
Sebab apa?
Sebab pinggan cap ayam si Maya tu pecah.
Sebab apa?
Sebab aku.
Heh! Bodoh punya orang tua. Anak dia yang bagi pecah, aku pula yang kena. Tu la, kecik-kecik tak nak mampus. Bila besar dah menyusahkan aku. Tak guna punya anak beranak.
Papa pun satu. Ajak Maya si kepala senget tu tinggal sekali buat apa, alih-alih papa meninggal. Tinggalkan aku sorang-sorang. Yang susah, aku juga. Alasan papa, ada jugak orang tolong jaga aku bila dia outstation. Puih! Jaga lah sangat. Tengok pipi ni ha, tanda kasih sayang seorang makcik. Terima kasihlah banyak-banyak kepada ‘mama Maya’ sebab bagi ‘hadiah’ yang amat bermakna kepada Violet ni. Puih!
Dalam dia duk membebel dalam hati, ekspresi wajahnya langsung tidak berubah.
Asalnya, Violet merupakan anak seorang hartawan yang sudah kematian ibu. Disebabkan Violet kehilangan ibu semasa berusia lima tahun, maka si ayah pun meminta kakaknya Maya untuk tinggal sekali. Ayah Violet berharap agar Maya memberikan kasih sayang kepada Violet. Maya pula ibarat orang mengantuk disorongkan bantal apabila dapat menumpang kemewahan adiknya kerana syarikat suaminya bankrap dan dia baru sahaja diceraikan. Tetapi, si ayah meninggal dunia dalam kemalangan, meninggalkan Violet dengan seorang ibu saudara dan dua orang sepupu.
Malangnya, nasib Violet  tidak sebaik yang ayahnya harapkan. Kisah hidupnya sama aje dengan kisah Cinderella. Tapi Cinderella terpaksa berhadapan dengan ibu tirinya dan dua orang kakak tirinya manakala Violet terpaksa ‘berperang’ dengan ibu saudaranya sendiri. Mungkin kisah Cinderella lebih baik darinya kerana Cinderella diselamatkan putera raja dan dia pula tiada sesiapa yang mahu selamatkannya kecuali abang sepupunya, itu pun kalau abang sepupunya ada di rumah! Dan Cinderella pula mempunyai dua orang kakak yang bajet cantik padahal muka macam baja lembu TETAPI Violet mempunyai kakak sepupu yang sangat cantik dan abang sepupu yang memang hot kebaboom! Nampak tak perbezaan antara dirinya dan si Cinderella.
Heh, cantik pun tak guna juga kalau hati tu kotor macam tahi ayam!
Dan bila difikirkan balik, putera raja dalam cerita Cinderella nu ha pilih Cinderalla sebab rupanya yang lagi cantik dari kedua kakak tirinya. Katakan lah... katakan aje lah, kakak si Cinderella tu sama cantik dengan Cindrella, tak ke pening putera raja tu sebab ada tiga orang perempuan cantik yang inginkannya. Hish! Pening kepala aku dengan cerita dongeng ni.
Eh, betapa bengapnya kau ni, Violet. Kan putera raja tu pilih Cinderella tu sebab kaki dia aje yang padan dengan kasut kaca tu? Ah sudahlah, serabut fikir pasal kau Cinderella. Kalau aku, Violet pun fikir pasal kisah kau Cinderella, siapa pula yang nak fikir pasal kisah aku kalau bukan aku?
Eh, apa yang aku mengarut ni?
Violet berasa agak tenang sedikit selepas menyumpah Ella dan Maya dalam hatinya. Pewangi bilik lavender yang diberikan Daniel juga dapat melegakan hatinya.
Dengan tudung yang masih bersarung, tingkap terbuka sikit, Violet tertidur. Tiba-tiba dia terdengar tombol pintu dipulas dari luar. Violet cuba bangun, namun tidak berjaya. Kenapa?
Violet nampak ada lembaga hitam mula melangkah masuk kedalam biliknya. Violet berusaha menggerakkan badannya namun tidak berjaya. Sepatah perkataan tidak mampu keluar dari mulutnya.
Dengan bantuan cahaya bulan, Violet mengecam wajah lembaga itu. ‘Daniel?’
“Violet, I’m sorry for doing this. For your sake.”
‘Huh? For my sake? You gotta be kidding me!’  Violet menjerit dalam hati. Apa yang Daniel nak lakukan terhadap dirinya? And why the hell I can’t move? Damn it! Daniel merangkak naik atas katil. Dia menindih Violet.
Tangan Daniel perlahan-lahan membuka pin tudung Violet. Peluh sejuk mula merenik di dahi Violet.
 Geraklah tangan! Gerak! Aku cakap gerak, geraklah!
Dush!
Tumbukan Violet berjaya ditahan tangan Daniel. Terkejut Daniel kerana Violet masih boleh bergerak walaupun sudah terhidu ‘dadah’ yang terkandung dalam pewangi bilik yang diberikannya kepada Violet. Malah tumbukannya pun boleh tahan sakitnya. Lupa pula nak beritahu, ‘dadah’ yang digunakan Daniel hanya berkesan terhadap wanita.
“For... my sake...? Heh. Don’t kidding me, you bloody pervert!” Violet mengetap gigi. Urat-urat hijau mula timbul di dahinya. Namun Daniel hanya tersenyum. Violet hanya mampu menumbuknya sekali sahaja. Buktinya, tangan kanannya sudah terkulai atas katil.
Daniel menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Tudung Violet dibuka dan dicampak ke bawah. Daniel membuka dua butang baju teratasnya.
Violet ketap bibir. Kalau dia boleh gerak, memang dah mati si Daniel ni!
**
“Oh my, oh my. Forcing a lady is a big no-no, mister.”
Daniel tersentak. Violet terkejut. Kelihatan kepala seorang lelaki sedang elok terjengul di tingkap yang terbuka. Siap boleh tersengih lagi kepada Violet.
“Hai Violet. Hai Daniel, the bloody pervert.
“K-k-kau.. masa bila kau ada kat sini?” tergagap-gagap Daniel bertutur.
“Emmm... sejak kau tindih Violet lagi.” selamba aje dia berkata. Terkedu Daniel.
 Dengan sekali lompat aje, dia mendarat masuk ke dalam bilik Violet.
“Man, I must say that you have quite the nerve to touch MY princess.”
“My?” Daniel ketap gigi.
Sorrylah Daniel, aku datang nak ambil Violet balik.”
“Huh?! Apa maksud... kau...?” Daniel rebah sejurus belakang kepalanya dipukul lelaki itu.
Lelaki itu mendudukkan Violet apabila melihat Violet bersusah-payah menggerakkan badannya. Kemudian dia mencapai tudung yang dicampak Daniel tadi dan memakaikan ke kepala Violet.
“Tak kemas langsung.” Kutuk Violet. Dalam hati ajelah. Dahlah lelaki itu main hentam aje pakaikan dia tudung. Sakit bahunya dicucuk pin.
Sorry I’m late, princess. I’m going to take you away, princess. From here.”
Huh?!
**
Violet membuka perlahan matanya. Cahaya lampu menyilaukan matanya. Violet menggosok perlahan matanya tetapi dihalang tangan lain.
“Nanti buta mata tu macam mana?”
Huh?! Ni mamat mana ni?
“Kau siapa?” rendah aje nada suara Violet. Nak dimaki sebab diculik takut dibunuh pula. Buat naya aje.
“I’m your knight in shining armor.” Lelaki itu tayang muka bangga sambil mengangkat kening dua kali.
Menyampah pulak Violet melihatnya. Dia memerhatikan sekeliling. Sekarang ini, dia dan lelaki entah mana hala sedang berada dalam bilik bercat putih yang besar. Besar tapi kosong. Dan dia pula elok aje landing atas sofa merah sambil diperhatikan lelaki itu yang duduk bersila atas lantai di hadapannya.
“Kau siapa? Aku kat mana?”
“Like I said, I’m your knight in shining armor... And you... are in my heart.”
Buk!
“Sakitlah. Sampai hati awak pukul kepala titew.” Lelaki itu mencebik. Violet merengus marah. Pickup line entah hape-hape!
“Baik kau cakap elok-elok.”
“Yelah yelah. Well, awak tak perlu tahu nama saya. Just call me Joker.” Ujar Joker sambil tersenyum manis.
“Joker?”
“Um.” Joker mengangguk.
“Tak pernah dengar pun.”
“Biar betik?! Awak tak pernah dengar pasal saya ke?”
“Tak. Joker tu makanan ke?”
“Tu Jacker la, princess.” Joker tergelak kecil. Dia mengeluarkan telefon pintar dari poketnya. Khusyuk aje Violet melihat Joker menaip di telefonnya..
“Nah.” Violet mengambil telefon pintar yang dihulurkannya. Joker membuka video menggunakan Youtube.
“Penjenayah yang dikenali sebagai Joker sekali lagi berjaya mencuri berlian bernilai satu perpuluhan lima juta dari kediaman seorang hartawan. Polis menganggarkan masa kejadian bermula dari jam tiga pagi semasa penghuni banglo tiada di tempat kejadian....” serius aje muka pembaca berita itu semasa membacakan berita.
“Kau ni pencuri la?”
“Ish, tengoklah video tu sampai habis.”
“....Pada jam tiga petang pada hari yang sama, polis menemukan berlian yang berjaya dicuri Joker di hadapan balai polis yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian...”
“Kau ni bodoh ke apa?”
Eh? 
Terkejut Joker apabila Violet melabelnya bodoh.
“Eh.. kenapa awak kata saya bodoh? Sampai hati...”
“Kalau aku, aku campak aje berlian tu dalam laut. Tak pun gadai.” Yelah, berlian tu salah satu punca manusia bergaduh. Pastu si Joker ni selamba badak aje pulangkan balik berlian tu.
“Ish. Jahatlah awak ni. Tak baik tau mencuri.” Ujar Joker sambil menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.
“Dah tu. Yang kau buat ni tak mencuri ke, hah?” Violet menenyeh skrin telefon ke muka Joker.
“Saya pinjam aje lah. Tu pun nak marah.” Joker berlalu keluar dari bilik itu. Malas melayan, Violet teruskan melihat semua video yang memberitakan Joker.
‘Gila betul mamat ni. Diamond, kereta, Mercedes, barang kemas... and dia pinjam tepat 12 jam.’
Joker. Dikatakan ‘meminjam’ barang yang diambilnya kerana dipulangkan selepas 12 jam. Kesemua mangsanya adalah keluarga berada yang tidak mahu identitinya didedahkan. Dan sekarang ni,  si Joker ni ‘pinjam’ aku pulak. Untuk apa? Violet mengusap dagunya. Keningnya dikerutkan tanda berfikir.
“Joker, sebab apa kau culik aku?” tanya Violet kepada Joker setelah dia masuk kembali ke dalam bilik itu.
“Emm... sebab apa eh?” Joker berpura-pura berfikir. “Sebab saya nak kahwin dengan awak lah.”
Buk!
“Baik kau cakap elok-elok sebelum aku tumbuk kau!”
“Tapi awak dah tumbuk saya. Sakit tau.” Joker mengusap-ngusap pipinya.
Arghh! Gedik gila mamat ni! Gunung berapi Violet tunggu masa aje nak meletus.
“Yelah yelah.” Joker menghela nafas perlahan sebelum menyambung. “Sebab saya nak selamatkan awak dari rumah tu lah.”
“Huh?! Jangan buat lawak lah. Siapa suruh kau buat camtu hah?!”
“Your dad.”
 Huh?!
That old man! Mula-mula ajak si Maya tahi ayam tu tinggal sekali, lepastu tinggalkan aku menderita sorang-sorang, kena dera kat rumah sendiri. Hampir kena baham dengan si Daniel tak guna tu dan part yang paling best sekali, minta Joker the great thief to save me! Hahaha... lawak gila hidup aku.
“Err... Violet?” Joker dah cuak melihat mata Violet dah mula merah. Violet menekup mukanya dengan kedua tangannya.
“Memang hidup aku ni macam mainan eh? Ditolak, ditarik sesuka hati.” Joker terkedu. Sepanjang masanya dihabiskan untuk stalk...eh usha...gadis ini dari jauh. Dan dia sedikit pun tak pernah menitiskan air mata, walaupun setelah didera berulang kali oleh Maya dan Ella. Malah, dia sedikit pun tidak menangis apabila cuba dicabul Daniel. Dan untuk pertama kalinya dia melihat air mata membasahi pipi Violet.
“Don’t look at me. I hate being looked like this.”
Joker menanggalkan jaket yang dipakainya dan dia menyarungkan ke tubuh Violet. Hoodie jaket disarung ke kepala Violet. Tangan kanannya dibawa ke kepala Violet dan diusap perlahan. Violet pula terus menangis hingga dia tertidur. Ini adalah pertama kali dia menangis setelah kematian ayahnya.
“Twinkle twinkle little star...” Joker menggumam lagu yang dibenci Violet- lagu yang selalu dinyanyikan papa Violet sebagai lullaby sebelum papanya meninggal.
**
“Twinkle twinkle little star. How I wonder what you are? Up above the world so high... like a diamond in the sky...”
Violet membuka perlahan matanya apabila telinganya menangkap suara seorang lelaki menyanyi. Dia nampak seorang lelaki membelakangkannya.
“Papa?” Violet segera bangun dari pembaringannya. Dia berlari anak dan berhenti beberapa kaki dari lelaki itu.
Tangan kanan mula menumbuk perlahan belakang lelaki itu.
“Sampai hati papa tinggalkan Violet sorang-sorang. Violet sunyi tahu tak? Sunyi sangat-sangat. Kenapa papa tak bawa Violet sekali? Papa tak sayang Violet ke? Mama dah tinggalkan Violet. Papa pun sama. Semua orang tak sayangkan Violet ke? Semua orang dah bencikan Violet ke?” Violet merengek macam budak kecil setelah sekian lama dia memendam perasaan. Dia memendam perasaan terlalu lama hingga menjadikan dia seorang yang beku, tiada perasaan.
“Sayang.” .Dia mengalihkan badan mengadap Violet dan menangkap tangan Violet yang terus menumbuk badannya. Bahu kiri Violet dipegang. “Papa tak tinggalkan Violet sorang-sorang tau. Sebelum papa pergi, papa dah amanahkan seseorang untuk jaga Violet.”
“Siapa?”
“Rahsia.” Lelaki itu tersenyum sebelum hilang dari pandangan.
 “Papa!”
**
Violet membuka mata.
Hish, berapa kali aku nak buka mata daa... sikit-sikit pejam. Sikit-sikit tidur. Teruk betul! Dahlah terlepas subuh. Nasib baik aku cutii.
Dia merasa kepalanya dipegang. Violet mendongakkan kepala. Kelihatan Joker tidur sambil tersandar di kepala sofa. Tangan kanannya elok aje mendarat atas kepala. Perlakuan Joker yang memegang kepalanya sama seperti perlakuan papanya. Selamat berlapik!
Kenapa dia rasa yang Joker dan papanya mempunyai persamaan?
Kenapa dia rasa dia selamat dengan Joker, sama seperti dia rasa selamat dengan papanya?
“Bangun dah?” soal Joker sambil menenyeh matanya.
“Nanti buta mata tu macam mana?” Violet memulangkan paku buah keras.
“Violet...s-sa-saya tak sangka awak ambil berat pada saya...” Joker tayang muka terharu.
“Blah lah kau.” Violet bangun dari pembaringan. Sungguhlah dia langsung tak rasa kekok dengan Joker. Walaupun officially mereka sudah tidur bersama-sama.
Eh? Betulkan ayat tu! Betulkan!
“Hampir pukul 12 tengahari lah...”
“Kenapa pula dengan pukul 12?”
“Masa untuk saya hantar awak balik ke rumah lah...”
Eh?
**
“Tepat pukul 12 tengahari pada hari yang sama, pihal polis menemui seorang gadis yang dipercayai diculik oleh Joker di hadapan balai polis berdekatan dengan kediaman mangsa. Menurut rakaman CCTV, mangsa ditinggalkan suspek di hadapan balai polis dalam keadaan tidak sedarkan diri....”
Violet mengulang semula video yang memaparkan berita tentang penculikannya. Setelah mengalaminya sendiri, barulah dia faham tujuannya diculik. Rupa-rupanya penculikan itu merupakan salah satu cara papanya ‘menjaga’ dirinya.
Jagalah sangat!
Satu aje perkara yang dia tidak puas hati, ada ke patut dia ditinggalkan di hadapan balai polis? Tak guna punya Joker!
Setelah dia dihantar ke rumahnya oleh pihak polis, berlambak-lambak wartawan menyerbu rumahnya. Dah macam artis terkenal pula. Dan part yang paling best sekali, dia langsung tak kena buat kerja rumah.
Sebab apa?
Sebab setakat ini barang dan segala benda yang dicuri oleh Joker adalah barang-barang kesayangan mangsa curi.
Dan cuba bayangkan kalau dia, Violet yang merupakan kesayangan kepada papanya ditemui dalam keadaan melakukan kerja, ataupun muka penuh dengan kesan lebam akibat didera? Cuba bayangkan...
Pastilah Maya dengan Ella akan ditangkap polis kerana melakukan jenayah.
Seronoknya kalau diorang kena masuk lokap, getus hati Violet.
Dan wartawan pula tak henti-henti menyerbu rumahnya, memintanya menceritakan pengalaman diculik Joker kerana dia merupakan mangsa pertama penculikan yang dilakukan Joker. Ini kerana setakat ini, Joker hanya mencuri barang-barang berharga sahaja namun tidak pernah menculik orang.
Berkenaan Daniel pula, sebaik sahaja dia ‘dipulangkan’, sempat dia memberikan sedas tumbukan ke muka Daniel sebelum meminta penjelasan. Hebat kau Violet. bagi penumbuk dulu baru minta penjelasan.
Menurut Daniel, dia ingin berlakon seolah-olah dia dan Violet ehem-ehem lalu ditangkap Maya pada keesokan harinya. Dan sudah tentu Maya akan menghalau Violet keluar dari rumah sekaligus membebaskan Violet dari terus didera. Untuk menjayakan rancangannya, dia siap membelikan sebuah rumah untuk Violet apabila rancangannya berjaya.
“Tengkorak kau berlakon!” Dush! Dan itu adalah balasan yang diberikannya kepada Daniel setelah penat Daniel menghabiskan air liur untuk menjelaskannya perkara yang sebenar.
TAMAT
Eh... belum lagi...
Violet termenung melihat keluar tingkap. Tiba-tiba bayangan wajah Joker muncul di fikirannya.
“Shush! Shush!” Hish mamat ni. Duk muncul dalam otak aku pulak!
“Violet! Violet!” terkocoh-kocoh Daniel memanggilnya.
“Apa?”
“Ada.... ada....” termengah-mengah Daniel, cuba menghirup nafas. “Kejap, bagi aku bernafas dulu.” Geram pula Violet dengan Daniel. Oh, lupa pula nak bagitahu. Daniel sudah mengubah cara panggilannya menjadi aku-kau. Lebih mesra, macam kawan baik katanya.
“Ada orang cari kau.” Daniel membisikkan sesuatu di telinga Violet.
Tergesa-gesa Violet menuruni tangga. Kelihatan ibu saudaranya menjelingnya. Heh. Dia jeling aku, aku jeling dia balik. Ella pula mencebik tak puas hati. Kemudian mereka beredar dari situ, meninggalkan Violet, Daniel dan..
Joker
“Hello princess? Remember me?” Joker mengangkat keningnya dua kali. Selain dari dia, hanya Daniel aje yang tau rupa sebenar Joker. Di mata masyarakat, dia dikenali sebagai Faruq the stuntman, pelakon aksi terkenal.
“What are you doing here?” Violet menjegilkan matanya kearah Joker.
“Did you gave her my message, mister bloody pervert?”
“Yeah. And stop calling me that.” Daniel tayang muka toya.
What did you mean by ‘your knight in shining armor is here’, Mr Faruq?” Violet menekan nama sebenar Joker. Joker hanya membalas dengan gelak kecil.
“Dan awak tahu tak, awak tak payah tolong saya dengan menculik saya. I can handle the abuse myself. I don’t really need your help.”
“Princess...” Joker menekup mulutnya. “Awak tak cakap aku-kau dah. Oh my.” Muka terharu!
“Listen to what I’m talking, you big idiot!” Violet menendang kaki Joker. Joker menyeringai kesakitan. Sakit siot!
“It’s true that you don’t need my help, miss damsel in distress. You don’t even need your knight in shining armor..” Joker menyambung “...or the bloody pervert, the Daniel.”
“Hey!” marah Daniel.
“You don’t need the knight in shining armor as you...” Joker mengeluarkan kotak baldu berwarna merah.
“... already have me.”
Daniel tersenyum.
Violet terkedu.
Joker angkat kening dua kali.
“ What you say?”
You pervert, idiot, crazy man. Get lost!” Jerit Violet sambil berlari masuk kedalam biliknya. Mukanya merah macam tomato. Tapi sebelum itu sempat jugak tangannya mencapai kotak baldu yang dihulurkan oleh Joker. Malu-malu rimau gitu...
“ Hahaha. Kena pervert jugak. Mengata lagi kat aku kan...”. Ujar Daniel.
“Nah.” Joker menghulurkan cincin belah rotan kepada Daniel.
Eh?
“Kau kan wali dia...” Daniel merenung kosong cincin itu... Maksudnya, kotak baldu tadi...
“Kau... memang nak mati kan?”
**
Violet membuka kotak baldu di tangan. Dia sedaya upaya menahan senyum. Tetapi...
Cincin ada kat Daniel. >___<
Nota kecil dalam kotak baldu direnyuk kasar.
“I really really hate you!” Telefon bergetar menandakan mesej masuk. Dari Joker.
P/S: I love you too...
Dan akhirnya, si Cinderella versi Violet bertemu dengan prince charming... eh tak, pencuri hatinya.... :)

Tamat.

Written by: RaitaKenji 
In collaboration with: KenichiYukiko





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

I wonder

Kisah Kita...